
Arkib Blog
Isnin, 5 Oktober 2009
SETEM DAN FILATELI
Apakah itu Filateli?Filateli boleh ditafsirkan sebagai mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem-setem bayaran pos, laluan-laluan pos, surat-surat, sampul-sampul dan sebagainya. Koleksi ini, sama ada setem, sampul dan sebagainya lazimnya, didokumenkan untuk tujuan mengesan acara-acara utama yang bersejarah dan acara-acara lain.
Tidak dapat dibuktikan bila filateli mula-mula dijadikan sebagai satu hobi kerana tidak ada sebarang dokumen untuk mengesahkannya. Namun, apa yang pasti ialah filateli hanya bermula setelah setem-setem bayaran pos diperkenalkan pada 1840.
Pengenalan Album setem yang diperkenalkan telah memudahkan koleksi setem. Album pertama dihasilkan di England pada 1852. Apabila lebih banyak setem-setem bayaran pos didapati, maka hobi mengumpul setem menjadi agak biasa. Bertambah ramai orang menaruh minat dalam hobi mengumpul setem dan filateli kemudiannya mula berkembang. Ramai pengumpul-pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar dan tertua di dunia adalah dimiliki oleh Ratu England. DYTM Raja Muda Selangor juga ada memiliki koleksi setem yang baik.
Perkataan "filateli" dikatakan telah dicipta di Perancis oleh Georges Herpin pada 1864. Ia berasal daripada dua perkataan Yunani: "philos" bermakna mengasihi dan "llateleiall" bermaksud bebas daripada pembayaran. Pada asalnya filateli lebih terbatas kepada kajian label-label, melambangkan pembayaran untuk perkhidmatan pos. Daripada sini, ia diperluaskan untuk merangkumi kajian mengumpul setem bayaran pos secara sistematik, poskad, sampul surat pos, tanda pos dan bahan-bahan pos yang lain.
Rabu, 26 Ogos 2009
JADUAL KELUARAN SETEM BARU BAGI TAHUN 2009 POS MALAYSIA BERHAD

Jadual Keluaran Setem Baru 2009
Tema & Tarikh Keluaran
Burung Unik Di Malaysia
Unique Birds of Malaysia 21.01.09
Jubli Perak Pemerintahan Tuanku Sultan Perak
Silver Jubilee of the Reign of DYMM Tuanku Sultan Perak 03.02.09
Pakaian Tradisional Pengantin
Traditional Wedding Costumes 23.03.09
Tempat Pelancongan - Tapak Warisan Sedunia
Tourist Spots - World Heritage Sites 09.04.09
Kecemerlangan Kejuruteraan dalam Pembangunan Negara
Engineering Excellence in Nation Building 20.04.09
Spesies Pokok Palma
Palm Trees Species 19.05.09
Ulang Tahun Ke-35 Penubuhan Hubungan Diplomatik Antara
Malaysia dan Republik Rakyat China
35th Anniversary of the Establishment of Diplomatic
Relations between Malaysia and the People’s Republic of China 31.05.09
Pemeliharaan Alam Semula Jadi
Conservation of Environment 18.06.09
Album Setem Tahunan 2008
Annual Stamp Album 2008 25.06.09
Rumah Tradisional
Traditional Houses 09.07.09
Tumbuhan Berubi
Tuber Plants 23.07.09
Perpaduan Malaysia Siri II - 1Malaysia
Malaysian Unity Series II - 1Malaysia 31.08.09
Kapal Selam Pertama Malaysia - KD TAR
First Malaysian Submarine- KD TAR 03.09.09
Bangunan Cekap Tenaga
Energy Efficient Buildings 09.09.09
Koleksi Setem Definitif Siri Negeri
State Definitive Stamps Series Collection 09.09.09
Pertabalan DYMM Tuanku YDPB Negeri Sembilan
Installation of DYMM Tuanku YDPB Negeri Sembilan 26.10.09
Masyarakat Penyayang
Caring Society 09.10.09
Arachnida - Minggu Setem 2009
Arachnid - Stamp Week 2009 30.11.09
Panglima Gagah Berani
Brave Warriors Dec
Matawang Malaysia
Malaysian Currencies Dis
Manager ( Philatelic Bureau )
1st Floor, Pos Malaysia Berhad
Dayabumi Complex
50670 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-22756567 ext. 6569 / 6656
Fax : 03-26942139
E-mail: filateli@pos.com.my
Website: www.pos.com.my
* Senarai keluaran ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
* Stamp Schedule is tentative and is subject to changes.
Langgan:
Catatan (Atom)